16 February 2013

AKU DAN DIA...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Biarkan ego itu 
Mencanak dan terus mencanak
Tidak aku biarkan ianya tewas

Tewas melutut demi kasih
Ahh....tak mungkin sebegitu
Itulah kata egoku.

Rendahkan egomu
Rendahkan dabik dadamu
Rendahkan suaramu
Rendahkan amarahmu.
Ahh...aku mahu sebgitu
Itulah kata mindaku.

Bantulah aku
Aku tidak mampu
Aku sudah terdidik sebegitu
Bantulah aku
Sapalah aku
Pimpinlah tanganku
Seiringlah dengan jalan mindaku
Ahhh..siapakah yang mampu
Merendahkan egonya untuk jalan seiring denganku...?

No comments:

Post a Comment