05 February 2011

Sebuah kotak kasut berbalut surat khabar lama dan sepasang baju kurung hijau muda..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Tersipu-sipu malu dia mendekatiku. Aku melemparkan pandanganku seketika kepadanya kerana aku ingin tahu apa yang dia nak daripadaku.Dengan nada berbisik dia berkata."Cikgu, ini untuk cikgu." Aku mengalih pandanganku kepada bungkusan di tangannya. Sebuah kotak berbalut surat khabar lama.Aku menyambutnya sambul bertanya apa di dalam bungkusan itu.Namun, dia hanya membisu.Aku faham, mungkin dia malu untuk menyatakannya di depan teman-temannya.
Dia salah seorang muridku yang datang dari keluarga yang serba kekurangan.Berbangsa iban, namun aku selalu melihatnya berbaju kurung yang agak lusuh.Dia baru berpindah ke sekolahku tahun lepas.Dan aku baru sebulan menjadi guru kelasnya.
Aku membuka bungkusan aneh itu setibanya aku di dalam bilik guru.Aku hampir saja menitiskan airmata melihat kandungan bungkusan itu.Sepasang baju kurung berwarana hijau muda disulami bunga kerawang nan indah. Terbayang olehku betapa ibu bapa dia telah menggunakan wang yang agak banyak untuk membelikan baju itu.Mungkin saja mereka terpaksa mengikat perut untuk beberapa hari semata-mata membelikan hadiah untukku. Aku mengenggam sepasang baju kurung itu dengan perasaan sebak..
Aku tahu mungkin itu sebagai tanda terima kasihnya kepada aku yang sering menunjukkan rasa kasih dan sayangku kepada mereka...walaupun hanya sebagai anak muridku.
TERIMA KASIH EVA....Cikgu amat menghargainya...

2 comments:

  1. sob sob......mmg terharu.....kat ulu biasa ngn mende semua ni...

    ReplyDelete
  2. Aikkk..nama baru???? kmk terharu sebab keluarganya sangat miskin...bajunya empun pun dah lusuh...entah berapa tahun sik bganti baju baru...

    ReplyDelete