:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hampir saja aku terlupa bahawa hari ini genaplah miazlan 2 tahun..Entah mengapa aku boleh lupa..mungkinkah kerana aku terlalu sibuk...Selama 2 tahun kewujudan miazlan, rasanya tidak begitu banyak yang aku publish kat sini..Apapun aku ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blogku...InsyaAllah aku akan cuba pos lebih banyak coretan kat sini..24 February 2011
08 February 2011
Jangan sakiti hatiku lagi...
:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Pagi tadi aku mendapat panggilan telefon daripada doktor yang merawatku di HUS. 10 Feb aku kena jumpa dua orang doktor pakar untuk laporan kesihatanku.Jauh di sudut hatiku, aku amat sedih sekali kerana selalunya DIA yang akan menemaniku.Tapi kali ini aku harus menerima hakikat yang DIa tiada lagi di dalam hidupku.
Sejak kami berpisah, telah berkali-kali DIA sengaja menyakiti hatiku..Aku hanya mampu menitiskan airmata dan bersabar.Kalaulah DIA tahu mengapa aku sengaja memancing kemarahannya tempoh hari,aku yakin DIA tak akan sanggup memutuskan hubungan kami.Namun, tiada guna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.
Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa aku ingin DIA bahagia.Dan untuk menjamin kebahagiaannya aku rela berkorban kerana aku sangat menyintaiNYA..

05 February 2011
Sebuah kotak kasut berbalut surat khabar lama dan sepasang baju kurung hijau muda..
:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Tersipu-sipu malu dia mendekatiku. Aku melemparkan pandanganku seketika kepadanya kerana aku ingin tahu apa yang dia nak daripadaku.Dengan nada berbisik dia berkata."Cikgu, ini untuk cikgu." Aku mengalih pandanganku kepada bungkusan di tangannya. Sebuah kotak berbalut surat khabar lama.Aku menyambutnya sambul bertanya apa di dalam bungkusan itu.Namun, dia hanya membisu.Aku faham, mungkin dia malu untuk menyatakannya di depan teman-temannya.
Dia salah seorang muridku yang datang dari keluarga yang serba kekurangan.Berbangsa iban, namun aku selalu melihatnya berbaju kurung yang agak lusuh.Dia baru berpindah ke sekolahku tahun lepas.Dan aku baru sebulan menjadi guru kelasnya.
Aku membuka bungkusan aneh itu setibanya aku di dalam bilik guru.Aku hampir saja menitiskan airmata melihat kandungan bungkusan itu.Sepasang baju kurung berwarana hijau muda disulami bunga kerawang nan indah. Terbayang olehku betapa ibu bapa dia telah menggunakan wang yang agak banyak untuk membelikan baju itu.Mungkin saja mereka terpaksa mengikat perut untuk beberapa hari semata-mata membelikan hadiah untukku. Aku mengenggam sepasang baju kurung itu dengan perasaan sebak..
Aku tahu mungkin itu sebagai tanda terima kasihnya kepada aku yang sering menunjukkan rasa kasih dan sayangku kepada mereka...walaupun hanya sebagai anak muridku.
TERIMA KASIH EVA....Cikgu amat menghargainya...

03 February 2011
Pergilah...aku rela dan pasrah...
:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Setelah sekian lama...mencari dan mencari...akhirnya aku kembali ke sini...Seperti selalunya setiap kali hatiku terusik aku akan lampiaskan segalanya di sini..Kehidupan ini sememangnya penuh dengan ranjau yang rencam dan merencam...hanya kekuatan iman penangkis segalanya..
Hari ini dengan rela aku terpaksa melepaskannya kerana aku gagal menemui apa yang aku nak dalam dirinya. Mengungkapi kata cinta sememangnya dia hebat...memeterai janji sememangnya dia jaguh tetapi entah mengapa aku dapat merasakan cintanya tak sehebat mana...masih ada ruang kerapuhan meranting...lalu aku dengan nekadnya menguji keutuhan cintanya terhadapku...MEMANG RAPUH...itu yang aku temui..
Sejak bergelar pesakit kanser aku sememangnya tidak begitu percaya ada cinta sejati buatku..mungkin saja itu hanya mainan perasaanku sendiri.Memang agak pelik juga kerana setiap waktu aku berdoa agar Allah ketemukan dia dengan jodoh yang lebih baik daripadaku.Aku tak sanggup menjadi beban dalam hidup orang lain..Paling menakutkan aku tak sanggup melihat kesalan mendagu setelah perkahwinan kami...Aku juga tak rela melihat kesedihan di wajahnya andai masaku tiba...Tak sanggup aku membayangkan bagaimana dia akan jalani hidupnya tanpa aku..
Namun kenyataannya....hari ini kami telah berpisah...Tanpa menyedari aku sengaja memancing api kemarahannya...dia dengan rela melepaskan aku...Aku terima segalanya dengan tabah tanpa ada setitis pun airmata menemani..tapi harus aku akui ada riak kesedihan di dasar hatiku..Aku bersyukur dan berdoa semoga dia akan menemui jodohnya dengan gadis yang baik...

Subscribe to:
Posts (Atom)