28 January 2010

Seorang aku...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Semalam yang berlalu
coretannya berdakwat hitam
disulami airmata
seorang aku
yang kian resah dan gentar
saat melewati garis
yang menyaksikan
pertarungan hidup dan matiku.
Hari ini seorang aku
mengukir senyum tanpa makna
kerana dedaun harapanku
telah gugur satu..satu..
sedang seorang aku
tiada lagi upaya
untuk mengutipnya kembali.
Esok seorang aku
menjadi tak pasti
apakah ada lagi sinar mentari untukku
apakah dapat kuhirup wanginya setanggi alam
dan aku terbuai dalam merdunya nyanyian beburung
atau
seorang aku hanya akan mendengar suara tangis
mengiringi perjalananku ke DESTINASI ABADI.

24 January 2010

Aku rebah lagi...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Hari ini sekalu lagi aku berada di Hospital Normah..Pagi tadi semasa aku dan mentorku keluar bersarapan aku tiba-tiba pitam dan hampir pengsan. Hal ini sudah pasti membuat DIA panik kerana DIA baru saja memberi ceramah kepadaku apabila melihat aku yang sedikitpun tidak menunjukkan semangat untuk melawan penyakitku.
Setelah melihat DIA yang b egitu setia menemaniku sepanjang hari ini hatiku amat tersentuh. Akui akui DIA adalah sahabat, kekasih dan mentor yang amat baik. Aku tahu DIA amat sedih dengan keadaanku. Sayangnya aku tak mampu menjadi yang terbaik buatnya.
Petang tadi aku telah dibenarkan balik dan sudah pasti aku amat gembira kerana aku sememangnya tidak suka menjadi penghuni hospital. Dalam perjalanan balik,DIA hanya mendiamkan diri dan rasanya aku tahu apa yang bermain di fikirannya. MAAFKAN AKU...
>>>buat semua yang menyayangiku..TERIMA KASIH..

23 January 2010

Akhirnya airmata menitis jua....

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Pagi tadi seperti yang dijanjikan aku telah menerima tugas sebagai pengacara motivasi keibubapaan anjuran sekolah kami bersama pihak Jabatan Pelajaran Kuching. Aku tahu ada ibu bapa yang mula berbisik-bisik ketika melihat aku melangkah ke hadapan. Dan rasanya aku tahu apa yang menjadi inti bisikan mereka. Ketika aku memulakan tugas pengacaraanku,aku lihat ada ibu-ibu yang menitiskan airmata. Saat ini hanya Allah saja yang tahu betapa aku menahan kesedihan hatiku dan berusaha menyeka airmataku daripada menitis. Dan begitu payah untuk aku mengawal suaraku agar tidak terpengaruh dengan kesedihanku.Alhamdullillah..syukur kerana Allah masih memberikan aku kekuatan sehingga selesai majlis tersebut.

Sesuatu yang tak aku jangka,ketika ibu bapa muridku mulai mendatangi dan memelukku. Saat itu aku tak mampu membendung kesedihanku lagi dan satu persatu airmataku menitik di pipiku. Aku bukannya menangisi ketentuan perjalananku yang selalu mengheret ujian yang amat perit,tetapi aku sedih mengenangkan kegagalanku menjadi guru yang baik untuk anak-anak mereka. Kasih sayang ibu bapa pelajarku kepadaku menjadikan aku semakin terperangkap di dalam kesedihan ini.
>>> bagaimanakah hari-hariku yang seterusnya..aku tak mahu menaruh apa-apa harapan lagi...

22 January 2010

Maafkan aku...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Sejak berita tentang aku yang disahkan pengidap kanser ramai yang memujiku sangat hebat dan tabah kerana aku tak pernah menunjukkan tentang keresahan,tentang kegelisahan,tentang ketakutan,tentang kehancuran,dan tentang kesedihanku. Justeru, pelbagai soalan yang diajukan kepadaku dan semua persoalan itu hanya aku jawab dengan segaris senyuman yang hanya aku yang mengerti dan tahu kebenarannya.
Realitinya..aku tak sehebat manapun. Aku jua tak setabah yang diduga. Hakikatnya, aku tak mampu untuk menangisi dugaan demi dugaan yang mendatangiku. Aku sudah puas menangisi ketentuan untukku dan rasanya kolam mataku telah lama kontang membasuhi luka di hatiku. Hati siapa yang tak hancur jika dikhabarkan tentang dirinya sah sebagai pengidap penyakit yang amat ditakuti itu. Namun kehancuran yang sekian lama menjadi hak mutlak aku telah menjadikan aku menerima kesahihan penyakit ini dengan perasaan yang hambar. Mungkin juga jiwaku telah lama mati berkubur dalam serpihan hatiku yang sekian lama menghuni laman waktuku. Untuk mengeluh saja aku sudah tiada upaya lantaran aku tak miliki apa-apa lagi yang dapat membentengi kekuatan ini daripada ranap dalam timbunan kekecewaan. Lalu..jadilah aku seperti robot yang tidak mempunyai perasaan. Langkah diatur pun sudah tiada nafas harapan. Semua harapan dan semangat yang sekian lama mendampingiku satu persatu aku biarkan terlepas dari genggamanku. Aku tiada upaya untuk menggenggam apa-apa harapan apatah lagi untuk mengutip kembali butiran harapan yang berciciran luruh daripada pepohon keimananku.
Kepada insan-insan yang amat menyayangiku..keluargaku,kawan-kawanku dan DIA yang tak jemu-jemu mencuba membakar semangatku...MAAFKAN AKU..kerana aku tak mampu menjadi seperti kehendak kalian. Maafkan aku juga kerana menjadi hipokrit di hadapan kalian...Percayalah..aku tak bermaksud untuk menipu kalian tapi jiwaku telah mati, hatiku telah berkecai dan ketabahanku telah lama berantakan...

21 January 2010

KIAN..MAWI


:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran"::

Kian jauh

Kian hilang

Kasih antara kita

Nampak tenang

Pada zahirnya

Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata

Yang terhiris terluka

Sesekali terbit air mata

Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa

Resah kian melanda

Di manakah

Hendak ku khabar

Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa

Rasa ingin dimanja

Perasaan pun kian tersentuh

Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu

Kita singgah di dunia yang sementara

Penuh tipu dayaYang kekal

Disana

Biarlah..kita bersama

Usahlah Hanyut terus terlena

Kerana dunia

Pada aku masih ada

Kasih belum terhakis

Sebenarnya..sudah lama

Ku sungguh berkecil hati

>>>>hahahahuhuhu...why this song????sesekali merenung ke dalam diri mengintai serpihan waktu berlalu mengiringi perjalanan menuju ke destinasi ABADI...kian jauh perjalanan ini..kian terpadam jua cerita satu pertemuan...Apapun aku mencuba untuk tidak menyesali semua yang telah tersurat untukku..

07 January 2010

TERIMA KASIH...BUAT SEMUA...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Petang tadi semasa mesyuarat kurikulum sekolah, rakan-rakanku bertanya bagaimanakah perasaanku untuk menghadapi pembedahan esok...Aku tak mampu untuk menjawab kerana aku sendiri pun tak tahu apa perasaanku. Aku hanya tersenyum untuk menutupi keresahan di hatiku. Namun sesuatu yang amat mengharukan aku ialah semuanya nampak risau dan sebelum balik tadi masing-masing mengiringiku dengan doa yang amat aku perlukan waktu ini..TERIMA KASIH BUAT SEMUA...

Semalam aku telah mendapat suntiksn kata-kata semangat daripada mentorku..Dia amat faham akan sikapku..hehehe..zahirnya saja nampak kuat tapi hakikatnya???????

Apapun..terima kasih buat semua yang mendoakan aku..sesungguhnya doa kalian adalah kekuatan buatku dan kasih sayang kalian adalah semangatku..

04 January 2010

DIA..Mentorku.

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Sekali lagi dia menghulurkan tangannya mengajak aku bangun dan meneruskan perjuanganku. Sejak aku mengetahui penyakitku,sememangnya aku amat tertekan. Persoalan yang sering bermain dimindaku hanya..Why Me?and always me? Untuk beberapa hari aku memandang masa depanku dengan begitu hambar sekali.Aku sambut kedatangan 2010 dengan rasa amat pilu...

Namun..Allah jua penentu segalanya. Entah dari mana DIA mendapat berita tentang aku, aku tak tahu..Tau-tau aku menerima emel yang tertulis kata-kata semangat buatku..Ayat pertama yang ditujukannya kepadaku..JGN LUPA UPM..Sememangnya DIA tahu aku amat mengambil berat akan pengajianku di UPM..Untuk beberapa hari ini DIA seakan terus saja memantau keadaanku dengan mengirimiku kata-kata semangat setiap hari.

Beberapa kertas kerja yang perlu aku siapkan juga menerima sentuhan daripadanya,malah DIA turut menawarkan diri untuk mencari penceramah untuk setiap programku.Aku tahu sememangnya DIA mampu melakukannya kerana dirinya juga bukan calang-calang orang.

Hehehe..hari ini DIA mengirimi emel buatku lagi..Lucunya..di saat orang lain berebut menjawat jawatan sebagai "Big Bos"..DIA pulak menolak mentah-mentah tawaran itu.Katanya,Dia tak perlukan jawatan itu..Memang betul,DIA tak perlukan jawatan itu kerana tiga jawatannya sekarang pun dah menyebabkannya mandi duit..Alasannya menolak jawatan itu juga kerana menurutnya DIA tidak cekap..Itulah DIA yang aku kenal dan sering membuat aku bangga dengannya..sikap merendah diri, penyayang dan tenang dalam apa jua situasi.

Rasanya tiada apa yang mampu aku ungkapi melainkan SYUKUR..ku yang tak terhingga di atas anugerah ALLAH ini buatku..Harapanku semoga kami akan dapat merealisasikan impian 2010 kami dengan jayanya..InsyaAllah..Doa-doakanlah ya...

01 January 2010

Gerimis 2010..

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Berakhir episod 2009
dalamnya terkandung
babak-babak
suka duka
pahit manis
sedih hiba
semuanya menyatu
dalam diari ingatan.
Menitik gerimis 2010
mengajak aku
membuka lembaran baru
pada perjalanan tak pasti
sedang tatkala tirai 2010 berlabuh
kuterima warkah luka
bagai petanda amarah
pada perjalanan kian rencam
yang tak mampu menjanjikan
walau sedetik cuma
kebahagiaan kepadaku
malah segalanya
kian samar dan samar
dalam sinar yang sirna.