:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Hidup ini adalah adalah perjalanan yang unik yang tak mampu terduga oleh kita apa yang akan kita temui di sepanjang perjalanan itu.Walau bagaimanapun,realitinya setiap kita akan berdepan dengan pelbagai corak dan warna kehidupan seperti:
1. Suka dan duka
2. Disayangi dan dibenci
3. Dihormati dan dicaci
4. Dipuja dan dikeji
5. Dipercayai dan didustai
6. Disanjung dan diperlekeh
Lalu....apa respon kita apabila dihadapkan dengan setiap permasalahan itu?
>>>>Ketawa gembira?atau....menangisinya?Semua jawapan ada dalam diri kita dan kita berkuasa dalam menentukan hala tuju perjalanan kita.Hanya satu persoalan yang sering mengusik mindaku...Mengapa dalam situasi semakin ramai yang menyayangi kita,masih ada yang cuba menanam benih kebencian terhadap kita?Perlukah kita menjadi pesalah saat kita menjadi kesayangan dalam kelompok kita?
>>>>Apapun..bagiku itulah seni perjalanan dan jiwa yang kental tak akan mudah melatah saat dilampiaskan dengan percikan situasi seperti itu....
>>>.Mengapa aku memaparkan coretan ini?Hahaha...sekadar melepaskan tekanan selepas bertarung dalam dewan peperiksaan petang tadi...Nasib aku agak baik kerana diketemukan dengan rakan Enet yang sering mendoakan kejayaanku,tutor yang banyak membantuku dalam menyelesaikan tugasan dan meminjamkan bahan-bahan untukku belajar,juga tak lupa kuncu-kuncuku yang sentiasa berada di belakangku sehingga aku yakin bahawa aku agak berjaya dengan MISI ini.Thanks..and love u all....guy's.
14 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment