28 August 2009

Ramadhan..8


Are you in love with someone?


01. When you are together with that special someone, you pretend to ignore that person. But when that special someone is not around, you might look around to find them. At that moment, you are in love.

02. Although there is someone else who always makes you laugh, your eyes and attention might go only to that special someone. Then, you are in love.

03. Although that special someone was supposed to have called you long back, to let you know of their safe arrival, your phone is quiet. You are desperately waiting for the call! At that moment, you are in love.

04. If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails, you are in love.

05. When you find yourself as one who cannot erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone, you are in love.

06. When you get a couple of free movie tickets, you would not hesitate to think of that special someone. Then, you are in love.

07. You keep telling yourself, "that special someone is just a friend?, but you realize that you cannot avoid that person's special attraction. At that moment, you are in love.

08. While you are reading this page, if someone appears in your mind, then you are in love with that person.
>>>>from Mr.Kumara..Thank's.....

Pengisian Bulan Kemerdekaan Sekolah Kami...














































Ramadhan...7


26 August 2009

SMS kala subuh.....


>>>SMS yang aku terima awal subuh hari ini....Aku suka kata-katanya,amat mendalam makna tersirat...TERIMA KASIH BUAT PENGIRIMNYA...???????????Biarlah Rahsia...

RAMADHAN....6


TERLUKA DAN MELUKAI...


25 August 2009

Kenangan lalu.....

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu
Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta
Mengapa aku disiksa,
apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya
Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru
>>>> daripada seseorang buat aku hari ini....terkilan,,,terkesima...terkedu..tersentuh...apabila kuhayati setiap patah kata yang membentuk lirik yang indah ini...

Pahit untuk aku lepaskan...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

(Sajak daripada rakan mayaku...Guang Amba....)

jika kamu memancing ikan.
.setelah ikan itu terlekat di mata kail..
hendaklah kamu mengambil ikan itu..
jangan sesekali kamu lepaskan ia semula..
ke dalam air begitu saja..
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorg..
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
jangan sesekali kamu meninggalkan begitu saja..
kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi ia mengingatimu..

jika kamu menadah air biarlah berpada..
jangan terlalu mengharap pada takungannya..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
apabila sekali ia retak..
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..

begitu juga jika kamu memiliki seseorang..
terimalah seadanya..
janganlah kamu terlalu mengaguminya..
dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
anggaplah dia manusia biasa..
apabila sesekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya..
sedangkan jika kamu memaafkannya..
boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya..

jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..
yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
mengenyangkan..berkhasiat..
mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain..
terlalu ingin mengejar kelazatan..
kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..
kamu akan menyesal..

begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu..
menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain..
terlalu mengejar kesempurnaan..
kelak kamu akan kehilangannya apabila ia menjadi milik org lain..
kamu juga akan menyesal..

>>>aku suka sajak ini..amat mendalam maksud yang tersirat dan bersirat...semacam dua macam mengena kat aku jer...hahaha...SESALAN DI PENGHUJUNG RINDU??????

23 August 2009

Setulus KasihNYA

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Setulus kasih Allah
kepada hambaNYA
dikurniakan kehidupan
dianugerahiNYA akal fikiran
dibekalkan rezeki
dihadiahi segumpal hati dan perasaan
dititipkan lohong dan lorong
tuk mendekatiNYA...SOLAT
dan pada sejadah solatmu
disediakan ruang dan peluang
tuk menadah harap...DOA
mohon dikabuli harapan dan impian
mohon dijauhi kesusahan dan keaiban
mohon dilindungi sentiasa....
sepanjang perjalananmu.
Itulah...Setulus kasih Allah.
>>>Seperti malam-malam semalam,malam ini aku mengabdikan diriku lagi di Masjid Jamek untuk menunaikan solat tarawih.Setiap kali bersujud...terasa betapa kerdilnya aku di sisi Allah dan betapa jahilnya aku dalam mempersiapkan diriku sebagai hambaNYA...

22 August 2009

Kelebihan Solat Tarawih

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

21 August 2009

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Lambaian Ramadhan telah tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Pertama: Takrif Puasa

Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:
Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.

Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.

Kedua: Takrif Ramadhan

Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.


.....SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.......

19 August 2009

18 August 2009

Masalah????


Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini tidak pernah lari dari masalah. Seolah-olah masalah sentiasa mengejar hidup sentiap insan di muka bumi ini. Jika tiada masalah ia tidak di namakan kehidupan. Kadangkala masalah mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya mahupun personaliti kita sendiri. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita mengubah hidup kita seperti dari apa yang telah kita rancang sejak dari awal. Ada orang yang sanggup mengahdapi masalah dengan cekal tanpa putus asa tetapi tak kurang juga yang gagal dan menghadapi masalah tekanan mental. Oleh itu kita renungkan bersama bagaimana hendak menghadapi sesuatu masalah dengan bijak.

Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Masalah sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita untuk mengukur sejauh mana tahap keimanan dan ketakwaan kita terhadap-Nya. Sebab sebagai manusia kita sering terlupa serta lalai dengan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah apabila hidup kita sentiasa dilimpahi kesenangan dan kemewahan

Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah : "Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta
." ( al-Ankabut: 2 - 3)
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai kifarah dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah:286 yang bermaksud Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.
Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan setkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah. "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka." ( at-Taubah: 111)
CARA MENGATASI MASALAH
1.Sandarkan Harapan Pada Allah Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya &Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan&. "Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)
2.Minta Pertolongan Dari Allah "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45)
3.Jangan Sedih dan Kecewa "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139) Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah: ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir( Yusuf : 12)
4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.
Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

17 August 2009

Hari Reka Cipta Sekolah Kami.....




























































Tahniah! Semua murid telah menunjukkan kreativiti mereka untuk menghasilkan rekaan menggunakan bahan terbuang.Paling membanggakan..kelas aku Tahun 5 Utarid telah membolot hadiah johan dan naib johan.






14 August 2009

Realiti Kehidupan...

:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::

Hidup ini adalah adalah perjalanan yang unik yang tak mampu terduga oleh kita apa yang akan kita temui di sepanjang perjalanan itu.Walau bagaimanapun,realitinya setiap kita akan berdepan dengan pelbagai corak dan warna kehidupan seperti:

1. Suka dan duka
2. Disayangi dan dibenci
3. Dihormati dan dicaci
4. Dipuja dan dikeji
5. Dipercayai dan didustai
6. Disanjung dan diperlekeh

Lalu....apa respon kita apabila dihadapkan dengan setiap permasalahan itu?

>>>>Ketawa gembira?atau....menangisinya?Semua jawapan ada dalam diri kita dan kita berkuasa dalam menentukan hala tuju perjalanan kita.Hanya satu persoalan yang sering mengusik mindaku...Mengapa dalam situasi semakin ramai yang menyayangi kita,masih ada yang cuba menanam benih kebencian terhadap kita?Perlukah kita menjadi pesalah saat kita menjadi kesayangan dalam kelompok kita?

>>>>Apapun..bagiku itulah seni perjalanan dan jiwa yang kental tak akan mudah melatah saat dilampiaskan dengan percikan situasi seperti itu....

>>>.Mengapa aku memaparkan coretan ini?Hahaha...sekadar melepaskan tekanan selepas bertarung dalam dewan peperiksaan petang tadi...Nasib aku agak baik kerana diketemukan dengan rakan Enet yang sering mendoakan kejayaanku,tutor yang banyak membantuku dalam menyelesaikan tugasan dan meminjamkan bahan-bahan untukku belajar,juga tak lupa kuncu-kuncuku yang sentiasa berada di belakangku sehingga aku yakin bahawa aku agak berjaya dengan MISI ini.Thanks..and love u all....guy's.