:: Marilah kita "Berfikir Di Luar Kotak Pemikiran" ::
menyisih bukan maksud mengelak
tapi kerana tuntutan dunia
tiada selamanya berduka
mencari diri yang entah dimana
lilin tinggal sejengkal
namun masih mampu menyala
menyinar kala malam kelam
sunyi rembulan malam
makhluk malam kian berlagu
asyik mendendang irama
indah di sudut telinga
wahai Asha,
di ruang ini menjadi saksi
tali persahabatan tinggi nilainya
tiada ganti
walau tidak pernah bersua muka
hanya bertemu di ruang maya
namun inilah makna kasih.....
jauh di mata namun sentiasa ingat di hati....
28 July 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment